Sebagai Penggantian Pendapatan (Income Replacement) sekiranya Hilang Upaya Kekal seperti Strok atau Lumpuh Seluruh Badan.
Manfaat kepada waris atau keluarga yang ditinggalkan bagi meneruskan kelangsungan hidup.
*sumber dari https://www.dosm.gov.my(DOSM,15 July 2021)
*sumber dari Malaysia Takaful Association
Ali seorang Jurutera. Pendapatan beliau sebulan ialah RM5,000. Setahun bersamaan RM5,000 (pendapatan sebulan) x 12 bulan= RM 60,000 (Jumlah setahun).
Maka, jumlah takaful bagi Ali kepada keluarga sekiranya sesuatu terjadi kepada Ali seperti kematian atau hilang upaya kekal adalah sebanyak RM600,000.
Hadith Riwayat Al – Bukhari
Jadi apa tunggu lagi, daftar sebagai pelanggan terawal untuk promosi bulan ini dengan i-Great Ilham. Salah satu Pelan Takaful yang menyediakan manfaat perlindungan diri anda dan orang tersayang dari sebarang kemungkinan seperti kematian atau hilang upaya kekal. Kelulusan segera serta tanpa melalui proses pengunderaitan perubatan.
Dapatkan info lanjut mengenai tawaran terhad yang bermula dari 10 Mac – 30 April 2024, Perlindungan tinggi dengan kadar caruman bulanan rendah boleh anda nikmati. Hubungi Ejen Great Eastern Takaful anda sekarang.
Jawapan : Umur kemasukan minimum ialah dari 19 tahun hari lahir berikutnya dan umur kemasukan maksimum ialah 70 tahun hari lahir berikutnya.
Jawapan : Caruman untuk pelan ini bergantung kepada Jumlah Perlindungan Asas, umur dan jantina anda. Caruman untuk pelan ini mungkin akan meningkat pada ulangtahun sijil berdasarkan umur yang dicapai pada hari lahir berikutnya. Sila rujuk kepada Risalah Pemberitahuan Produk untuk mengetahui amaun caruman sebenar.
Jawapan : Anda boleh membuat caruman melalui GIRO, DDA, Bank Order atau Kad Kredit secara tahunan, separuh tahun, suku tahun atau bulanan. Cek hanya dibenarkan bagi caruman tahunan, separa tahun atau suku tahun sahaja.
Jawapan : Ya, anda boleh mengurangkan Jumlah Perlindungan Asas pada bila-bila masa. Pengurangan Jumlah Perlindungan Asas akan berkuatkuasa dari tarikh caruman yang perlu dibayar berikutnya. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh meningkatkan Jumlah Perlindungan Asas anda bagi plan ini.
Jawapan : Boleh. Walau bagaimanapun, produk ini akan diagregatkan bersama I-Great Ilham dengan had gabungan RM250,000 dan tidak tertakluk kepada sebarang had jadual Had Bukan Perubatan (NML). Sebagai contoh, anda boleh menyertai I-Great Ilham dengan jumlah perlindungan asas RM100,000 dan juga menyertai I-Great Ilham dengan jumlah perlindungan asas RM150,000.
Jawapan : Antara Pengecualian utama yang terdapat di bawah pelan ini adalah seperti berikut:
Manfaat Kematian
Tiada manfaat akan dibayar sekiranya kematian akibat kejadian bunuh diri, ketika waras atau tidak waras pada tahun pertama sijil.
Manfaat HUPK
Tiada manfaat akan dibayar bagi mana-mana kecederaan yang mengakibatkan kerugian yang dialami akibat daripada mana-mana yang berikut sama ada secara langsung atau tidak:
a) wujud sebelum tarikh berkuatkuasa atau tarikh berkuatkuasa semula, yang mana terkemudian; atau
b) akibat kecederaan yang dilakukan sendiri, ketika waras atau tidak waras; atau
c) akibat kecederaan badan yang dialami akibat payung terjun, terjun udara, atau penglibatan dalam pesawat udara selain daripada anak kapal atau sebagai penumpang yang membayar tambang dalam syarikat penerbangan komersial berlesen yang beroperasi pada laluan berjadual yang biasa; atau
d) akibat kelakuan, cubaan atau provokasi serangan atau jenayah atau sebarang salah laku undang-undang oleh Orang Yang Dilindungi; atau
e) akibat daripada peperangan, sama ada diisytiharkan atau tidak.
Manfaat Kematian dan HUPK Akibat Kemalangan
Tiada manfaat akan dibayar akibat kejadian berikut:
a) bunuh diri, cubaan bunuh diri atau kecederaan yang dilakukan sendiri ketika waras atau tidak waras; atau
b) penyakit badan atau gangguan mental atau fungsian atau sebarang jenis sakit atau penyakit, atau sebarang jangkitan, selain daripada jangkitan yang berlaku serentak dengan dan akibat belahan atau luka kemalangan; atau
c) peperangan atau sebarang tindakan perang, sama ada diisytiharkan atau tidak, aktiviti jenayah, bertugas secara aktif dalam mana-mana angkatan bersenjata,
penglibatan langsung dalam mogok, rusuhan dan kekacauan awam atau pemberontakan; atau
d) tindakan sebarang angkatan bersenjata, atau daripada Kemalangan atau keganasan yang berlaku akibat keadaan konflik bersenjata.
1. I-Great Ilham adalah Pelan Takaful Keluarga Bertempoh dengan caruman berkala yang meningkat dan tamat tempoh pada umur 80 tahun pada hari lahir berikutnya.
2. Caruman dibayar sehingga tempoh perlindungan tamat atau kematian atau HUPK, mana yang terdahulu. Caruman hendaklah dibayar secara berkala bagi memastikan anda dilindungi pada setiap masa.
3. Anda seharusnya yakin bahawa pelan ini akan memenuhi keperluan anda dengan sebaiknya dan caruman yang dibayar di bawah sijil ini adalah jumlah yang anda mampu bayar.
4. “Tempoh Rujukan Percuma” selama 15 hari daripada tarikh penghantaran sijil atau daripada tarikh anda mengiktiraf e-Sijil anda melalui i-Get In Touch diberikan kepada anda untuk meniliti kesesuaian plan. Jika sijil ini dikembalikan kepada Pengendali Takaful dalam tempoh ini, berikut akan dipulangkan:
-Yuran Wakalah dan
-Tabarru’.
5. Menyertai sebuah plan Takaful keluarga adalah satu komitmen yang panjang. Sekiranya anda tidak membayar caruman anda dalam tempoh tenggang selama 30 hari, sijil anda akan luput. Berikut akan dikembalikan sewaktu penyerahan sijil:
– Yuran Wakalah yang belum diperolehi dari dana Pengendali Takaful; dan
– Tabarru’ yang belum tamat tempoh daripada Dana Tabarru’.
6. Sekiranya sijil anda diberhentikan atau ditamatkan, tiada manfaat akan dibayar daripada Dana Tabarru’.
7. Jika sijil anda beralih daripada satu Pengendali Takaful kepada yang lain atau anda mengganti sijil semasa anda dengan sijil lain dengan Pengendali Takaful yang sama, anda mungkin perlu menghantar permohonan di mana penerimaan cadangan anda adalah tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan pada masa penukaran atau penggantian.
Penafian : Semua maklumat di atas adalah maklumat illustrasi dan bukan am sahaja dan bukanlah satu kontrak Takaful Keluarga. Anda di nasihatkan untuk menghubungi Ejen Takaful kami bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan ciri penting dan manfaat sebelum menyertai pelan ini.
©2025 Greatworks Success Resources
Greatworks | Great People | Great World – All Right Reserved